pengikut pemudattbc

Isnin, 17 Jun 2013

[Syria] Ustaz Nazmi Karim-Nukilan Ustaz Nazmi Karim



Nurkilan dari Ustaz Muhammad Nazmi Karim tentang isu Syria ( WAJIB BACA ) :

Saya menyambung pengajian di syria pada tahun 1992 sehingga 1998. Syria ini bumi yang amat rapat dengan saya oleh kerana saya belajar dekat sana hampir 7 tahun. Saya tahu apa yang berlaku kat sana. Jadi sekiranya tuan-tuan membaca surat khabar dari metro, utusan, sinar harian, berita harian, berita tv1, tv2, tv3 dan lain2 berita yang memberitahu tentang PEMBERONTAK-PEMBERONTAK di syria, itu semua pembohong belake, itu semua mengarut dan itu semua fitnah. Mereka ini tidak tahu apa sebenar yang berlaku di syiria, betapa zalim dan jahatnya pemerintah syria yang membunuh puluhan ribu umat Islam di syria. Yang pertama sekali diorang bunuh pada tahun 1982, seramai 40 ribu orang Islam ASWJ dibunuh dalam tempoh 1 bulan sahaja. Pada zaman hafez al-asad yang memerintah syria suatu ketika dahulu.

Jadi saya nak ingatkan pada tuan-tuan, jangan kita bersubahat dengan surat khabar / media tv yang mengambik berita dari entah mana-mana. Lepas tu, dengan kita-kita pun kata orang syria itu PEMBERONTAK. Berdosa kita.

Kita tidak tahu umat islam di syria pada hari ini teruk dibunuh pada golongan-golongan yang berfahaman ''SYIAH ALAWIAH ANNUSORIAH'' yang memang sesat.Yang disokong oleh Iran yang berfahaman ''SYIAH IMAMMIAH'' dan disokong oleh tentera hizbullat di lubnan juga berfahaman ''SYIAH''. Ini yang berlaku di Syria.

Via : Ustaz Muhammad Nazmi Karim. 

Via 2 :Kami sayang ulama

[Syria] Kami Prihatin

Assalamualaikum dan selamat petang semua, hari ini naim nak bagi tahu sesuatu. Kerana sikap tanggungjawab kepada suadara kita,Akhir-akhir ini naim ada share berkisar tentang syria. Untuk entri seterusnya jika berkisar tentang Syria naim akan letak tag di tajuk entri seperti ini 

[Syria] Kami Prihatin dan labels juga di letak syria. Untuk memudahkan kita mengetahui apa yang berlaku di sana.



Kenapa Naim bersungguh-sungguh memberi satu sudut khas di dalam blog ini. Kerana naim kasihan kepada saudara kita di sana di bunuh dengan kejam oleh rejim bashar Assad.  Sebelum naim lupa.Kalau anda facebook boleh like page berkisar syria iaitu :-
(klik pada gambar di bawah)



Semoga kita lebih mengetahui perihal negara Syria. Adakah media Malaysia tak boleh di percayai? Bukan 100% tetapi media Malaysia kekadang spin isu yang sebenar..

Do'akan saudara kita yang berjuang di sana mencapai kejayaan yang di idamkan oleh mereka. Insya Allah.

Wallahualam.

Ahad, 16 Jun 2013

Doakan Mereka


1) Muktamar Ulama Se-Indonesia telah bersetuju membentuk satu pasukan 'Sejuta Sukarelawan' yang akan pergi berjihad di Syria.

2) Manakala Mesir pula tidak akan mengenakan apa-apa tindakan bagi rakyatnya yang telah pergi berjihad di Syria.

3) Seorang jutawan muda di Qatar telah bersedia untuk menjadi sponsor kepada 50 orang mujahidin dari negara tersebut untuk pergi berjihad di Syria.

4) Sementara di Algeria pula, ribuan pemuda Islam telah mendaftarkan nama mereka untuk berangkat ke Syria berjihad di sana.


sumber:-Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Entry Paling Best